Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News: Perhatian.
Pada forumer yang menggunakan fungsi "ADD IMAGE TO POST"
sila pastikan anda tick "FAMILY safe", jika tidak image yang anda
post akan kluar gamba2 yg related to ADULT Content. Harap Maklum.
 

New Features: MYENTHUSIASTS Gallery
To add your pictures, click the above link and find and click MYIMAGE

Please dont abuse


Perhatian pada forummer yang ingin menjual product dan services, sila layari New Ruling
Harap Maklum.
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Cadangan Program "1 Bulan 1 Ilmu"  (Read 403 times)
Abah (Abg Nizam)
Abah!!!
Hero Member
*****
Posts: 685


Mud, Sweat & Gears


« on: June 29, 2010, 09:43:48 AM »

Setelah sekian lama bersama Forum FZ ni, Abah merasakan kebanyakan kita mendapat panduan berkaitan permotoran atau apa jua secara rawak atau dibincang apabila berlaku atau perlu.

Untuk itu, Abah mencadangkan supaya kita mengadakan sesi pembelajaran diantara kita secara lebih kemas dengan Program "1 Bulan 1 Ilmu".

Maksud program "1 Bulan 1 Ilmu" disini adalah untuk kita mempelajari sesuatu perkara itu secara menyeluruh setakat mana yang mampu walaupun kita tahu 1 bulan itu tidak mencukupi. Sekurang2nya nanti apa yang kita pelajari adalah secara sistem bertulis dan ber "facilitator" walaupun ianya dikalangan kita semua.

Mungkin ada yang mengatakan kita tidak layak menjadi facilitaor atau pemberi maklumat kerana pengalaman dan ilmu kita yang cetek, namun kita perlu berbuat sesuatu dengan cara sebegini jika kita ingin maju dan berilmu. Tidak salah jika kita sama-sama menegur, membincang, mempersoal dan mencari jawapan asalkan ianya untuk kebaikan kita.

Program "1 Bulan 1 Ilmu" yang dicadangkan adalah seperti berikut.

1. Basic Riding dan Bike Maintenance

2. Understanding How Engine work and Its' Management System

3. Mengenal pasti jenis jenis Tayar dan Penggunaannya

4. Isyarat syarat semasa berkonvoi dan mempraktikkannya

5. Safety and Health in Motorcycling World!

6. Perancangan dan Penyediaan sesuatu Aktiviti

7. Dan lain-lain lagi perkara yang boleh dibincangkan bersama kelak

Sila nyatakan samada anda menyokong atau tidak idea Program "1 Bulan 1 Ilmu" ini dengan mengundi POLLING yang disediakan diatas.

Polling akan ditutup pada 15hb Julai 2010 dan sebarang keputusan samada ianya akan diteruskan atau tidak akan diumumkan pada 20hb Julai 2010.

"Jalankan Tanggungjawab Anda Dengan Segera!!"
« Last Edit: June 29, 2010, 12:28:17 PM by Abah (Abg Nizam) » Logged

budean69
Hero Member
*****
Posts: 516



« Reply #1 on: June 29, 2010, 05:30:58 PM »

ni yang saya tunggu2 selama ni.. grind grind
Logged

SAFETY is more important than SPEED..!!!!
csmok1020
Jr. Member
**
Posts: 81



« Reply #2 on: June 29, 2010, 08:51:56 PM »

100% sokong!! ;D ;D
Logged
Abah (Abg Nizam)
Abah!!!
Hero Member
*****
Posts: 685


Mud, Sweat & Gears


« Reply #3 on: July 16, 2010, 08:23:12 AM »

Polling telah di tutup dan keputusan nya adalah seperti berikut:-

Sokong dan bersetuju     - 11 (73.3%)
Menyokong jika ada facilitor yang layak    - 3 (20%)
Kurang Bersetuju atas sebab masa    - 0 (0%)
Tidak menyokong dan tidak bersetuju    - 0 (0%)
Tidak perlu kerana dah berilmu sangat    - 1 (6.7%)
   
Total Voters: 15

Kesimpulan daripada keputusan polling, cuma ada 15 orang sahaja yang mengundi dan cuma 11 orang saja yang bersetuju untuk di adakan program ini. Ini adalah suatu kehampaan kerana sambutan bagi program sebegini tidak mendapat minat hati rider2.

Jika diteruskan program ini, kemungkinan tiada sambutan untuk membincangkan sesuatu perkara itu. Oleh yang demikian usul cadangan untuk "1 Bulan 1 Ilmu" dibatalkan sehingga ada permintaan yang memberangsangkan pada suatu ketika nanti.

Dengan ini saya menutup polling dan meminta maaf kepada 13 orang yang bersetuju  itu kerana masih ramai dikalangan kita yang masih leka dengan diri mereka sahaja.
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.15 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!