Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
 

New Features: MYENTHUSIASTS Gallery
To add your pictures, click the above link and find and click MYIMAGE

Please dont abuse


Perhatian pada forummer yang ingin menjual product dan services, sila layari New Ruling
Harap Maklum.
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Paul the Octopus: Bolasepak Piala Dunia 2010  (Read 239 times)
deddo_xxx
Hero Member
*****
Posts: 741



« on: July 09, 2010, 02:36:43 PM »

Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

Maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."
Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim,

Ertinya:
"Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad;

Maksudnya:
" Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."

Itu adalah antara dalil-dalil larangan mendatangi, bertanya serta meminta ramalan akan sesuatu perkara. Menerusi Buletin Utama TV3, masyarakat kita telah dihidangkan ramalan sotong kurita bernama Paul dari Jerman berkenaan pasukan mana yang akan menang jika melibatkan perlawanan dengan pasukan Jerman. Sekiranya pertama kali tertonton ramalan itu, janganlah mempercayainya. Kemudian, janganlah ternanti-nanti ramalan berikutnya oleh sotong kurita itu kerana ia boleh menyebabkan kita jatuh ke lembah kekufuran.

Memang terdapat ramalan-ramalan yang dibenarkan di dalam Islam. Ia terbatas kepada ramalan berdasarkan sunnatullah, hukum alam yang tidak berubah. Hanya saja bagaimana tepatnya kiraan dibuat untuk menjangka apa yang akan berlaku. Firman Allah dalam Surah Fathir ayat 43:


Maksudnya:

"Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi 'Sunnatullah' (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan 'Sunnatullah' itu. "

Oleh kerana hukum alam tidak berubah, kita boleh menjangka apa yang akan berlaku bersebabkan sesuatu perkara. Seperti contoh cuaca akan turunnya hujan, tanda-tandanya kita lihat pada perkara zahir yang menerangkan cuaca, contohnya angin, awan dan suhu. Jangkaan dibuat berdasarkan sebab-sebab atau punca-punca hujan akan berlaku.

Bagaimana pula dengan ramalan yang langsung tiada kaitan sebab-sebab atau punca-punca sesuatu perkara itu berlaku? Contohnya, menang kalahnya pasukan Jerman. Apa kaitan sotong itu dengan perlawanan bola sepak? Maka ramalan begini adalah tertolak. Sotong itu tidak mengetahui perkara ghaib.

Perkara pada masa akan datang hanya Allah saja yang tahu. Jika benar pun ramalan-ramalan yang tidak berdasarkan sebab zahir sesuatu perkara itu terjadi, harus ianya adalah daripada bangsa Jin yang mencuri-curi dengar berita langit.

Di dalam hadith Riwayat Imam Muslim disebutkan;

Maksudnya:

Dari 'Aisyah, dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: " Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan ."

Sama-samalah kita menegur rakan-rakan kita yang telah terpercaya dan jatuh minat dengan ramalan si Paul. Perbanyakkan istighfar dan pelajarilah lagi, apa yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan bagaimana untuk menjauhinya. Selalulah berdoa dengan doa di bawah, yang diriwayatkan hadithnya oleh Imam Ahmad:

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.”

Sumber: http://el-ilmy.net/2010/07/08/awas-boleh-jadi-kufur-percaya-ramalan/
Logged
Sniper_4255
Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 1538


"Datang mu tak diundang, jika ragu harap pulang"


WWW
« Reply #1 on: July 09, 2010, 02:48:36 PM »

Ini aku baca dari segi kajian saintifik...sotong ni hanyalah untuk kajian saintifik pada mulanyaa...ntah mcmana jadi kecoh plak..setiap binatang ni ada deria ke enam...ctnnya gempa yang melanda Aceh 2-3tahun lepas..binatang akan cuba melarikan dri daripada bahaya..sbb tu ada cerita nelayan dpt by tangkapan sebelum kejadian..begitu juga dlm kajian Paul nii..dia dapat merasakan ada yang tak kena  pada mana2 pasukan so dia cuba mengindarkan diri dari pasukan tersebut..secara tak sengaja kita akan dapat tahu kononya pasukan yg dia hindarkan diri tu akan kalah...(masalahnya mmg btul2 kalah lak :o)

Memang Paul ni tak dak kuasa meramalkan seswatu..dia tak tau pun bola ;D..ia hanya terjadi di sebabkan deria ke-6 nya...
« Last Edit: July 09, 2010, 02:50:24 PM by Sniper_4255 » Logged



ich liebe meine FZi.es ist gut,es is schnell, es ist...CCF 4255
Di mana ada jln di situ ada hiway, dimana ada hiway di situ ada tol..
http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php/topic,14847.msg311780.html#msg311780
Elit125
Sr. Member
****
Posts: 281


« Reply #2 on: July 09, 2010, 07:52:16 PM »



malaysia menang  ;D
Logged

Dah tau awak tu taik, duduk dalam jamban sudah. Orang boleh bau yang awak tu taik. Tak payah sorok-sorok.
cerempetz(ishak)
Sr. Member
****
Posts: 318


Free for Palestine


« Reply #3 on: July 09, 2010, 08:19:20 PM »

emmm.. aku rase... paul(sotong) nie.. just mainan bookie.. heheheh  ;D
Logged

013 3512404
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415


013-4195602 / 017-6268547


« Reply #4 on: July 09, 2010, 10:37:09 PM »

emmm...aku anggap tu kebetulan je...sebab ada 2 option je. A or B.so kebarangkalian sangatla sikit..tak caya,amik kacang,genggam tgn kiri, soh member pilih, kanan or kiri. tengok brapa kali dia leh pilih tgn yg betul. keh2...kalau paul ni leh tentukan tempat 1,2,3,4, baru la aku rasa sotong ni ada 6th sense..klu pasal tsunami tu..rasanya binatang laut tu lari coz perubahan suhu air,kerak bumi mula gerak.

tp org tua2 ada cakap, haiwan leh dengar suara2 ghaib.org2 tua cakap la...dari hadis ka, sumber mana ke tak tau la pulak..maklum le kurang membaca..heh.pe pun, sotong tu tipu....keh2.
« Last Edit: July 09, 2010, 10:43:14 PM by Fz Rider (faiz) » Logged

Pikor
Hero Member
*****
Posts: 629


Dharma Initiative


WWW
« Reply #5 on: July 09, 2010, 10:42:02 PM »



malaysia menang  ;D

kalu betul malaysai leh menang world cup
teman tangkap Paul si sotong ni wat sambal tumis sotong...  ;D ;D ;D
Logged


5 ribu saya tidak gentar.... tapi jgn pula kau menyesal... lepas kwin tiada beli beras.... balik2 mintak pinjam mertua..........
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.15 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!