Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
NEW PRODUCT FROM FSRTECH

Go to http://fsrtech.lot.my to place your order

Be among the 1st to feel the power!!!
 

New Features: MYENTHUSIASTS Gallery
To add your pictures, click the above link and find and click MYIMAGE

Please dont abuse


Perhatian pada forummer yang ingin menjual product dan services, sila layari New Ruling
Harap Maklum.
Pages: [1] 2 3
  Print  
Author Topic: SOAL JAWAB BERKENAAN ISLAM  (Read 4074 times)
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« on: December 04, 2009, 05:15:22 PM »

Salam, dalam membantu diri saya dan teman fzian dan sesiapa sahaja sebagai ingatan dan pembelajaran kita, sekiranya ada sesiapa antara kita yang ada kemusykilan tentang ISLAM dan hukum hakamnya boleh lah diajukan soalan di sini dan saya dengan rela hati dan mohon diberkati ALLAH SWT tentang usaha ini untuk berusaha mencarikan jawapan atas permasalahan yang diberi melalui rujukan daripada ilmuan Islam di UiTM Melaka (Center for Islamic Thought & Understanding).

***Al-'Asr

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Post Merge: December 04, 2009, 05:17:20 PM
Rujukan tafsir alquran from uiam

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
« Last Edit: December 04, 2009, 05:17:20 PM by adrey » Logged

May Allah Bless You
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #1 on: December 07, 2009, 03:40:52 PM »

Tarikh Hantar Soalan:   04/01/2007
Soalan   : bolehkah berikan dalil atau hadis mengenai larangan kencing berdiri.sebab saya pernah membaca mengenai dalil@hadis mengenai jika kita kencing berdiri, kita seolah-olah membantu memulihkan syaitan dr kecelakaan.cuma saya terlupa samda ia dalil@hadis & disebut oleh siapa.terima kasih .
   
Jawapan:
Islam telah mengajar umatnya memiliki ciri-ciri akhlak yang baik dengan mematuhi adab-adab dalam semua keadaan termasuklah bersuci. Amalan kencing berdiri bukan sunnah Rasulullah SAW. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa sesiapa yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW kencing berdiri janganlah mempercayainya sesungguhnya Rasullullah SAW kencing dengan cara duduk. Hadis riwayat Al-Tarmizi. Dalam hadis lain riwayat Ibnu Mas'ud mengatakan bahawa harus kencing berdiri bagi orang yang uzur. Pembiasaan kencing berdiri mempengaruhi tingkah laku yang kurang sopan..


*sumber dari JAKIM
Logged
lee fz150
Sr. Member
****
Posts: 346


muhasabah diri untuk hidup yg lebih baik


« Reply #2 on: January 20, 2010, 12:16:20 PM »

btul tu,,,
 ni plak berkenaan haramnya silat kt umah pengntin... surah al-anfal ayat
[60]
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
[61]
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Logged
one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #3 on: January 20, 2010, 12:23:34 PM »

btul tu,,,
 ni plak berkenaan haramnya silat kt umah pengntin... surah al-anfal ayat
[60]
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
[61]
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


ERK... LEE FZ

mintak penjelasan skit kenapa.. aku kurang kefahaman muka ada senyuuummm
Logged

lee fz150
Sr. Member
****
Posts: 346


muhasabah diri untuk hidup yg lebih baik


« Reply #4 on: January 20, 2010, 12:26:47 PM »

k, mcm ni,  pasl ni, sbb dia berkaitan langsung dgn surah an-nur ayat 31...

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya., cuba fahami dulu. nti klu x fhm tya, sy bg info lg, dn yg mana sy x tau, sy tya uzts... wallahualam..
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #5 on: January 20, 2010, 12:44:46 PM »

k, mcm ni,  pasl ni, sbb dia berkaitan langsung dgn surah an-nur ayat 31...

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya., cuba fahami dulu. nti klu x fhm tya, sy bg info lg, dn yg mana sy x tau, sy tya uzts... wallahualam..


saya cuma  nampak ia lebih kepada memelihara diri dengan menutup aurat dan menghalang pandangan mata dari melihat aurat orang lain..tak nampak pun relationship nya dengan hukum haram bersilat..boleh terangkan lagi?sama2 kita belajar
Logged

amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 826


Genesis Climber Mospeada


« Reply #6 on: January 20, 2010, 12:47:54 PM »

salam...
saya faham apa pertanyaan One...betul ke tak buleh bersilat masa berkahwin atau adakah surah ini menujukan masa kahwin tak buleh tunjuk pengantin perempuan yg dihiasi lawa masa tu...?maaf kalau pendapat saya ni kurang bernas...

saya rasa baik kita bertanyakan bagi habis sesuatu benda... nanti kalau tercicir atau kurang...bahaya pulak...takut kita dapat 'inherited dosa' pulak... kalau pertanyaan sesuatu yang sudah ada di thread jakim / zahiruddin.net sila kemukakan...

saya tak halang tapi takut kita tersilap langkah...pastu saya takut nanti thread ni akan jadi medan pertarungan benda-benda kecil/cabang/furu'....ruglah umat islam kalau membincangkan benda-benda yang remeh sedangkan perkara asal tidak dicapai...

my dua kupang...buleh beli coki-coki...
Logged


http://ardini169.fotopages.com
friendster : amin13
facebook : amin rahman

-Deo Non Fortuna-

+60195294395
lee fz150
Sr. Member
****
Posts: 346


muhasabah diri untuk hidup yg lebih baik


« Reply #7 on: January 20, 2010, 12:56:19 PM »

k, berbalik pasal td, sbb tu disertakan terjemahan dr al-quran...mcm ni, berkaitan silat, tujuan utama untuk mempertahankan diri, sbb tu dlm ayt 60 bermaksud : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. sbb bila dipamerkan depan umu, mmg jatuh haram ( disitu dh ada perasaan menunjuk2, riak dan sebagainya...elakkan dari tread ni mnjadi medan pertarungan, sbb suma nya berdasarkan dalil dan nas al-quran dan rasulullah...lebih lnjut , sy akn rujuk ada guru (ustaz)... tujuan perbncangn ni pun, bukan sy nk tunjuk pandai atau apa, jgn salah faham, ini slah satu kita amalkan apa yg kita pelajari..
Logged
one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #8 on: January 20, 2010, 01:30:17 PM »

Tq dr..

maksud saya, pengharaman tu dari segi apa? sbb saudara lee kasi terjemahan ayat je pastu kenyataan diatas "pengharaman silat kat umah pengantin"..

bila berlaku permasalahan furu' begini eloklah berlapang dada... sbb bila benda furu' semua pihak akan mempertahankan pendapat dan hujjah masing2.. last2 x de yg menang pun muka ada senyuuummm

pertanyaan akan muncul..
1. yg buat persembahan tu lelaki
2. niat utk meraikan pengantin bukan menunjuk
3.. pastu pertanyaan akan berterusan x de penghujung..

peace


Logged
lee fz150
Sr. Member
****
Posts: 346


muhasabah diri untuk hidup yg lebih baik


« Reply #9 on: January 20, 2010, 01:36:14 PM »

pertanyaan akan muncul..
1. yg buat persembahan tu lelaki
2. niat utk meraikan pengantin bukan menunjuk
3.. pastu pertanyaan akan berterusan x de penghujung


1. tetamu adakah suma lelaki?
2. dh pngntin, mmg ada lelaki pempuan... yg bersilat td??? lelaki....
3. mmg ada pnghujung..."Kebenaran itu datang dari Tuhanmu,  maka janganlah kamu termasuk orang yang ragu-ragu."
                                                                             
(Al-Baqarah : 147)

Firman Allah lagi:

"Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran kepadamu dengan haq (tidak dapat dibantah kebenarannya) agar kamu mengadili (perselisihan) antara manusia menurut wahyu Allah kepadamu. Janganlah engkau membela orang-orang yang khianat"
                                                                           
(An-Nisa : 105)

Maksud Hadis Nabi :

"Katakanlah yang benar walaupun pahit" wallahualam
Logged
amarsa13
Hero Member
*****
Posts: 826


Genesis Climber Mospeada


« Reply #10 on: January 20, 2010, 01:53:10 PM »

Tq dr..

maksud saya, pengharaman tu dari segi apa? sbb saudara lee kasi terjemahan ayat je pastu kenyataan diatas "pengharaman silat kat umah pengantin"..

bila berlaku permasalahan furu' begini eloklah berlapang dada... sbb bila benda furu' semua pihak akan mempertahankan pendapat dan hujjah masing2.. last2 x de yg menang pun muka ada senyuuummm

pertanyaan akan muncul..
1. yg buat persembahan tu lelaki
2. niat utk meraikan pengantin bukan menunjuk
3.. pastu pertanyaan akan berterusan x de penghujung..

peace




baru paham... maklumla...ada kabus kat spek mata saya...

tq...
Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #11 on: January 30, 2010, 03:02:52 PM »

Berkenaan silat masa majlis kahwin

salam, saya telah merujuk berkenaan perkara ini dengan Ketua Jabatan Center for Islamic Thought & Understanding UiTM Melaka. berdasarkan penerangan yang diberikan silat masa majlis perkahwinan itu tidak salah selagi tidak melanggar hukum islam. perasaan menunjukkan, riak dsb adalah bergantung kepada individu yang yang bersilat... sesuatu itu bermula dengan niat.  kalau pesilat guna tangkal... haram, kalau pesilat tak menutup aurat.. haram.... kita meraikan pengantin tanda ucap taniah. yg penting adat tak melewati hukum.

tq.
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #12 on: January 30, 2010, 03:33:39 PM »

tq bang adrey...sebenarnya memang saya tunggu adrey jawab soalan ni  ;D ;D ;D
Logged
MiruL
Full Member
***
Posts: 212


MiruL a.k.a cLunK gUy


« Reply #13 on: January 30, 2010, 04:07:42 PM »

maaf menyampuk...
sokong dgn abg adrey...
Logged

My no. 0172021987
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #14 on: February 01, 2010, 12:25:08 AM »

ada kemusykilan sy usahakan minta tunjukajar dari yang arif ttg bidangnya. Insya allah kita kongsi ilmu sama2.

Post Merge: February 01, 2010, 04:11:38 PM
Isu Yoga

"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008  di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga.  Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman  Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.  Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.  Namun demikian,  masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. 

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

            (1)       kepercayaan atau keyakinan di hati.
           (2)       menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
           (3)       perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis

*sumber dari JAKIM
« Last Edit: February 01, 2010, 04:11:38 PM by adrey » Logged
camo trooper
Full Member
***
Posts: 126


012-6910678


WWW
« Reply #15 on: February 02, 2010, 04:05:33 PM »

Salam semua kerabat FZ..

hamba tumpang mencelah..

aku nak pomot 1 blog ni.. aku terjumpa.. pehh BERATTT seh.. semer ade.. dr perihal sejarah lampau sampai la ke konspirasi dunia terkini.. ada gak selit2 agama.. tp xde la detail sgt sehingga bab hukum hakam.. org dlm tu aku rasa bkn calang2 gak la.. tp diorg hidden identity..

jom la join.

www.mistisfiles.blogspot.com
Logged

-FZian Rulez-
one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #16 on: February 02, 2010, 06:08:56 PM »

Salam semua kerabat FZ..

hamba tumpang mencelah..

aku nak pomot 1 blog ni.. aku terjumpa.. pehh BERATTT seh.. semer ade.. dr perihal sejarah lampau sampai la ke konspirasi dunia terkini.. ada gak selit2 agama.. tp xde la detail sgt sehingga bab hukum hakam.. org dlm tu aku rasa bkn calang2 gak la.. tp diorg hidden identity..

jom la join.


www.mistisfiles.blogspot.com



Dah lama ikut...
ini yg dikatakan the other side of stories..
Di harap dgn mengikuti blog2 sebegini kita membuat pembacaan lanjut, berlaku adil pada diri sendiri.. dgn menilai sebaik mungkin kebenaran tersebut.. bila sudah diyakini kebenarannya serahlah kepada yg maha esa atas kebenarannya..

Logged
RottieJohnAyenN
Mega Hero
******
Posts: 1467



« Reply #17 on: February 02, 2010, 08:32:27 PM »

Saya ada beberapa soalan :

Bolehkah lelaki pakai gelang dan rantai?? Caner lak dengan yang orang kiter duk pakai bagi tujuan perubatan cam rantai loket, gelang dymium n sebagainyer tu??

Skang ramai pasangan bila kawen dia berinai bagai kat jari, pe hukum dalam Islam?

Tq...
Logged

xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #18 on: February 02, 2010, 10:07:47 PM »

yang berinai tu..jawapangnya ada sini

Logged
lee fz150
Sr. Member
****
Posts: 346


muhasabah diri untuk hidup yg lebih baik


« Reply #19 on: February 05, 2010, 03:02:16 PM »

Berkenaan silat masa majlis kahwin

salam, saya telah merujuk berkenaan perkara ini dengan Ketua Jabatan Center for Islamic Thought & Understanding UiTM Melaka. berdasarkan penerangan yang diberikan silat masa majlis perkahwinan itu tidak salah selagi tidak melanggar hukum islam. perasaan menunjukkan, riak dsb adalah bergantung kepada individu yang yang bersilat... sesuatu itu bermula dengan niat.  kalau pesilat guna tangkal... haram, kalau pesilat tak menutup aurat.. haram.... kita meraikan pengantin tanda ucap taniah. yg penting adat tak melewati hukum.

tq.


bro, ble x bagi nas/ hadis mana yg mngatakan demikian. tq
Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #20 on: February 05, 2010, 09:02:01 PM »

ada dimaklumkan pd sy, tp sy just inform yg penting jer. Pd sy setakat tujulah yg sy mampu buat. Klu you pegang dalil n hujah silat situasi kahwin haram just proceed with that. Sbb dlm islam byk pendapat berbeza n ada hujah sendiri n dalil, so hak kita nak ikut mana satu bgantung pd ilmu n pendekatan kita.  mcm 2marhalah, ada pendapat kata 90km, ada kata 80km dgn hadis dan hujah2 masing2. Budak belajar agama kat mesir tegas skit pendekatan dia ttg islam tp dr jordan ringan sikit. Ni in general je.

Post Merge: February 05, 2010, 09:30:36 PM


Rujukan dari http://www.e-fatwa.gov.my//

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Tarikh Keputusan:  2 Oct, 2009
Tarikh Mula Muzakarah:  2 Oct, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah:  2 Oct, 2009
Oleh:  Muzakarah Kali Ke-88
Kod Isu:
Keputusan:


 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam para fuqaha’ sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
 
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
 
Muzakarah juga bersetuju supaya garis panduan pemakaian inai ini disediakan oleh JAKIM dengan memasukkan bersama nas-nas hadis yang berkaitan dengan unsur-unsur syirik dalam penggunaan corak atau ukiran inai.


Post Merge: February 05, 2010, 09:32:20 PM





Amalan Meletakkan Baju Pengantin Di Atas Bumbung Bagi Mengelakkan Hari Hujan

Akidah
Huraian Tajuk/Isu:
Apakah amalan ini bertentangan dengan amalan Islam?

Keputusan:
Keputusan fatwa:

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadil Akhir 1423 bersamaan 6 Ogos 2003 telah mengambil keputusan seperti berikut:-

Alhamdulillah fatwanya;

'Amalan meletakkan baju pengantin di atas bumbung bagi menahan hujan turun adalah dilarang sama sekali kerana kepercayaan tersebut adalah merupakan satu khurafat dan boleh merosakkan akidah sebagai seorang Islam'.


Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan

Post Merge: February 05, 2010, 09:46:33 PM



SUMBER DARI JAKIM

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam oleh Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.
Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Tarikh :   11 Februari 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan 
Editor : PRO JAKIM
Hits :  5705 
« Last Edit: February 05, 2010, 09:46:34 PM by adrey » Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #21 on: February 18, 2010, 10:18:46 PM »

Saya ada beberapa soalan :

Bolehkah lelaki pakai gelang dan rantai?? Caner lak dengan yang orang kiter duk pakai bagi tujuan perubatan cam rantai loket, gelang dymium n sebagainyer tu??

Skang ramai pasangan bila kawen dia berinai bagai kat jari, pe hukum dalam Islam?

Tq...


salam, saya telah merujuk persoalan tuan dengan pensyarah CITU UiTM Melaka, mengikut penerangannya, pemakaian loket, gelang dsb adalah haram bagi lelaki kerana ianya merupakan suatu pilihan. pilihan yang dimaksudkan di sini adalah itu hanya suatu alternatif dan kita mempunyai pilihan untuk mendapatkan alternatif perubatan yang lain yang dihalalkan Islam kecuali kalau tiada alternatif lain yang dapat membantu memulihkan atau mebgelakkan penyakit yakni darurat. atas dalil jika kamu menyerupai sesuatu kaum maka kamu tergolong dari kalngan kaum itu.... gelang dan rantai dsb adalah suatu perhiasan wanita maka haram hukumnya untuk lelaki pakai walaupun tidak diperbuat daripada emas dsb.

terima kasih

Post Merge: February 18, 2010, 10:22:34 PM
Rujukan dari http://www.e-fatwa.gov.my//

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Tarikh Keputusan:  5 May, 2008
Tarikh Mula Muzakarah:  5 May, 2008
Tarikh Akhir Muzakarah:  7 May, 2008
Oleh:  Muzakarah Kali Ke-82
Keputusan:
Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Post Merge: February 18, 2010, 10:24:43 PM

Kemalangan Jalanraya Dan Kesannya Dari Segi Hukum Syara'

Sosial/Syariah
Keputusan:
Mesyuarat Jamaah Ulama' bersetuju memfatwakan bahawa sekiranya berlaku kehilangan nyawa pengguna jalanraya disebabkan kemalangan yang berpunca daripada kecuaian beliau sendiri, ia tidak boleh dihukumkan sebagai perbuatan membunuh diri, dan sekiranya kemalangan itu telah menyebabkan kehilangan nyawa atau harta benda yang lain disebabkan kecuaian pengguna jalanraya tersebut, ia tidak boleh dihukumkan sebagai melakukan pembunuhan secara sengaja, tetapi ia termasuk dalam kategori pembunuhan secara tidak sengaja dan wajib bagi pengguna tersebut membayar pampasan yang wajib seperti diyat (ganti rugi) dan lain-lain hukuman yang telah ditetapkan dalam feqah Islam.


Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Negeri: Kelantan
14 reads Printer-friendly version
« Last Edit: February 18, 2010, 10:25:46 PM by adrey » Logged
RottieJohnAyenN
Mega Hero
******
Posts: 1467



« Reply #22 on: February 19, 2010, 04:38:17 PM »

Tq so much audrey
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #23 on: March 08, 2010, 03:30:14 AM »

Assalamualaikum

saya ingin bertanyakan..

apakah hukum memakai gelang dan rantai magnetik untuk tujuan kesihatan yang menjadi trend pada masa kini?Adakah ini satu tipu daya oleh Musuh untuk menghancurkan pegangan akidah umat islam?
Harap adrey boleh jawab.
Logged
Abg Mie
Mega Hero
******
Posts: 3360

Azmi - 016 6883694 / Sg Buloh - Kuang


« Reply #24 on: March 08, 2010, 04:05:07 PM »

Assalamualaikum

saya ingin bertanyakan..

apakah hukum memakai gelang dan rantai magnetik untuk tujuan kesihatan yang menjadi trend pada masa kini?Adakah ini satu tipu daya oleh Musuh untuk menghancurkan pegangan akidah umat islam?
Harap adrey boleh jawab.

Saya tak la pandai sangat...sikit sikit ilmu tu ada la....

kalau boleh elak kan la pemakaian GELANG dan RANTAI nie, walaupun tak haram dari segi barangan...(sebab bukan gelang atau rantai EMAS) namun perbuatan (MEMAKAI Gelang dan RANTAI) tu dah menyimpang dgn ISLAM....

Kaum lelaki tidak boleh menyerupai KAUM wanita.....secara general...pemakaian gelang dan rantai tu lebih kepada kaum wanita....

Kalau nak pakai jugak magnetik tu atas dasar kesihatan...cuba cari CINCIN magnetik ....mungkin ada kot....RENUNG RENUNG kan la...

Pandangan saya yg tak seberapa nie...
Logged

Pages: [1] 2 3
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.15 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!