Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
NEW PRODUCT FROM FSRTECH

Go to http://fsrtech.lot.my to place your order

Be among the 1st to feel the power!!!
 

New Features: MYENTHUSIASTS Gallery
To add your pictures, click the above link and find and click MYIMAGE

Please dont abuse


Perhatian pada forummer yang ingin menjual product dan services, sila layari New Ruling
Harap Maklum.
Pages: 1 [2] 3
  Print  
Author Topic: SOAL JAWAB BERKENAAN ISLAM  (Read 4074 times)
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #25 on: March 10, 2010, 12:26:48 PM »

Assalamualaikum

saya ingin bertanyakan..

apakah hukum memakai gelang dan rantai magnetik untuk tujuan kesihatan yang menjadi trend pada masa kini?Adakah ini satu tipu daya oleh Musuh untuk menghancurkan pegangan akidah umat islam?
Harap adrey boleh jawab.

seperti yg saya nyatakan sebelum ini, gelang dan rantai adalah haram bagi lelaki tetapi tidak bagi wanita. jadi tiada salahnya kalau bercadang nak pakai gelang atau rantai megnetik asalkan dirinya itu adalah wanita, lelaki haram. kalau ada dalil lain yang membenarkan itu diluar kemampuan saya. berkenaan soalan akidah pula pada saya tidaklah samapai pemakaian rantai dan gelang megnetik suatu agenda mush islam sebab merujuk pada soal penjagaan kesihatan.... cuma kalau lelaki nak pakai mungkin macam mei_2807 kata boleh tukar jadi benda lain yang sesuai untuk lelaki pakai. soalan "7" tentang tipu daya musuh adalah suatu yang subjektif dan bergantung pada perspektif individu yang menilainya.
Logged

May Allah Bless You
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #26 on: March 10, 2010, 12:51:03 PM »

so..the conclusion is..memang haram la lelaki memakai gelang dan rantai...walaupun untuk kesihatan?thanks adrey
Logged

Haziq Khai
Mega Hero
******
Posts: 2101

Be yourself...


« Reply #27 on: March 10, 2010, 12:59:32 PM »

nak tanya sikit.. kenapa main forex itu haram? dari pandangan aku, forex tu just jual beli mata wang asing..  sama juga dengan konsep kita jual beli emas... kita beli emas.. tunggu arga naik then kita jual... atau contoh lain ialah.. jual beli rumah....

aku baru je nak blaja main forex.. skali da "dicopkan" haram.. cancel  muka ada senyuuummm muka ada senyuuummm muka ada senyuuummm

ni dari sumber2 utusan malaysia.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
Logged


A G G 1 9 6
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #28 on: March 10, 2010, 01:19:46 PM »

rasanya dah agak lama ia diwartakan haram
Logged
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415


013-4195602 / 017-6268547


« Reply #29 on: March 11, 2010, 11:18:53 AM »

kalau rantai n gelang haram, cincin macam mana??cincin tu sebenarnya hiasan laki ke pompuan. kalau ada cincin untuk laki n pompuan, boleh tak diadakan rantai n gelang lelaki n pompuan.

lagi 1..maksud ayat "Kaum lelaki tidak boleh menyerupai KAUM wanita" dituju kepada semua kaum ke or kaum tertentu...maksud sy mcm ni, hari tu, kawan sy tanya. dia baru balik dari mengajar di sabah. dia kata org kg di tempat dia mengajar, kaum wanitanya tidak memakai hiasan gelang or rantai dan subang. hiasan dipakai oleh lelaki sahaja. jadi adakah haram bagi kaum tersebut pakai hiasan tersebut sedangkan hiasan tersebut pada mereka memang untuk lelaki, dan wanita mereka tidak memakainya.

betul2 nak tau ni...sebab kurang jelas..tq ye adry.
Logged

one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #30 on: March 11, 2010, 03:20:46 PM »

Salam..

haziq.. dlm utusan tu dah jelas bgtau kenapa x bleh...
Emas dan rumah dibolehkan sebab ada barang utk dijual dan beli..
forex aku x tau sgt...
matawang tu zahir depan mata ke dialam maya saja...

abg otai (faiz)  ;D
Cincin ada dipakai oleh junjungan besar kita, x de masalah nak pakai.. jgn emas sudah  muka ada senyuuummm
masalah rantai dan gelang ada khilaf dikalangan ahli2 bijak pandai agama... aku no komen  34709ju

yg kompom emas dan sutera lelaki x bleh pakai 8ysdf

Saudara adry.. jelaskan kekusutan kami
Logged

Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415


013-4195602 / 017-6268547


« Reply #31 on: March 11, 2010, 05:09:18 PM »

yup bro...pasal cincin tu...coz aku terjumpa mamat ni pakai cincin,x tau cincin apa.ada ukir bunga2 n nampak macam cincin pompuan selalu pakai. ak try tanya, takpe ke pakai. dia kata selagi bukan emas takpa la...nabipn pakai cincin..tu la jawapan wat aku no idea.

(one, bila pulak ak jadi otai??)  :-\
Logged
one
Mega Hero
******
Posts: 1102


« Reply #32 on: March 11, 2010, 06:04:42 PM »

yup bro...pasal cincin tu...coz aku terjumpa mamat ni pakai cincin,x tau cincin apa.ada ukir bunga2 n nampak macam cincin pompuan selalu pakai. ak try tanya, takpe ke pakai. dia kata selagi bukan emas takpa la...nabipn pakai cincin..tu la jawapan wat aku no idea.

(one, bila pulak ak jadi otai??)  :-\

alasan2 camtu akan diadakan utk org2 yg nak mengiakan apa yg mereka buat... aku pun jadi no idea gak..
faiz.. otai moto.. selain frenchy, kaulah sumber ilhamku... muahahahahah
Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #33 on: March 11, 2010, 10:06:33 PM »

nak tanya sikit.. kenapa main forex itu haram? dari pandangan aku, forex tu just jual beli mata wang asing..  sama juga dengan konsep kita jual beli emas... kita beli emas.. tunggu arga naik then kita jual... atau contoh lain ialah.. jual beli rumah....

aku baru je nak blaja main forex.. skali da "dicopkan" haram.. cancel  muka ada senyuuummm muka ada senyuuummm muka ada senyuuummm

ni dari sumber2 utusan malaysia.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive


salam, berdasarkan pemahaman sy dan penjelasan yang saya perolehi, ada banyak versi tentang hukum forex tetapi yang lebih penting adalah, ada forex yang dibolehkan tetapi bergantung kepada beberapa syarat yang mesti dipatuhi.. untuk pengetahuan lebih lanjut boleh terus rujuk kepada pakar. tetapi dari pengalamn kawan sy yang main forex, dia dah email dan bertanya kepada mufti perak berkenaan forex dan jawapannya lebih kurang sama, pilih yang tidak melibatkan keraguaan dalam urusan perniagaan.... perkara ini perlu rujuk dengan lebih lagi.....

Post Merge: March 11, 2010, 10:19:00 PM
kalau rantai n gelang haram, cincin macam mana??cincin tu sebenarnya hiasan laki ke pompuan. kalau ada cincin untuk laki n pompuan, boleh tak diadakan rantai n gelang lelaki n pompuan.

lagi 1..maksud ayat "Kaum lelaki tidak boleh menyerupai KAUM wanita" dituju kepada semua kaum ke or kaum tertentu...maksud sy mcm ni, hari tu, kawan sy tanya. dia baru balik dari mengajar di sabah. dia kata org kg di tempat dia mengajar, kaum wanitanya tidak memakai hiasan gelang or rantai dan subang. hiasan dipakai oleh lelaki sahaja. jadi adakah haram bagi kaum tersebut pakai hiasan tersebut sedangkan hiasan tersebut pada mereka memang untuk lelaki, dan wanita mereka tidak memakainya.

betul2 nak tau ni...sebab kurang jelas..tq ye adry.


gelang dan rantai adalah hiasan perempuan tetapi cincin lelaki boleh pakai asalkan unsur emas mesti kurang dari unsur lain yang mengandungi di dalam cincin itu. jadi kalau pakai cincin bagi lelaki yang tiada unsur emas dibolehkan.


ayat tersebut tidak tuju pada kaum yang berupa bangsa tetapi menjurus kepada pemahaman jantina, lelaki tak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki dan sekiranya adat melewati hukum islam maka jatuh haram amalan adat tersebut. kena tengok juga kaum di sabah itu islam atau tidak.

JUMHUR ULAMA(SECARA KESELURUHAN ULAMA BERSEPAKAT) menyatakan adalah haram seorang lelaki cuba samada secara lansung atau pun tidak lansung menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya berdasarkan kepada nas al quran dan hadis/sunnah s.a.w. dan diantaranya ciri-ciri lelaki menyerupai wanita ialah memakai gelang dan rantai.

Post Merge: March 11, 2010, 10:21:33 PM
Salam..

haziq.. dlm utusan tu dah jelas bgtau kenapa x bleh...
Emas dan rumah dibolehkan sebab ada barang utk dijual dan beli..
forex aku x tau sgt...
matawang tu zahir depan mata ke dialam maya saja...

abg otai (faiz)  ;D
Cincin ada dipakai oleh junjungan besar kita, x de masalah nak pakai.. jgn emas sudah  muka ada senyuuummm
masalah rantai dan gelang ada khilaf dikalangan ahli2 bijak pandai agama... aku no komen  34709ju

yg kompom emas dan sutera lelaki x bleh pakai 8ysdf

Saudara adry.. jelaskan kekusutan kami


kita lebih merujuk kepada pendapat yang masyhur atau majoriti dipersetujui oleh pada ulamak atau ahli agama islam. di malaysia, gelang dan rantai adalah haram kecuali cincin asalakan unsur emas tak melebihi unsur laian.

Post Merge: March 11, 2010, 10:24:09 PM
yup bro...pasal cincin tu...coz aku terjumpa mamat ni pakai cincin,x tau cincin apa.ada ukir bunga2 n nampak macam cincin pompuan selalu pakai. ak try tanya, takpe ke pakai. dia kata selagi bukan emas takpa la...nabipn pakai cincin..tu la jawapan wat aku no idea.

(one, bila pulak ak jadi otai??)  :-\


tapi kalau budaya menyetakan cincin itu walau bukan emas tetapi ukiran cincin mirip kepunyaan perempuan maka itu adalah hiasan wanita. macam baju ada baju lelaki dan baju untuk perempuan. walaupun itu adalah baju.
« Last Edit: March 11, 2010, 10:24:09 PM by adrey » Logged
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415


013-4195602 / 017-6268547


« Reply #34 on: March 11, 2010, 11:29:07 PM »

oh..tq bro..
nak tanya lagi, kalau pakai wrist band boleh tak?? tak tau nak kategorikan benda ni apa. gelang ke tak.
Logged
hery
Mega Hero
******
Posts: 1328

019-6189163 @ 017-6724548


« Reply #35 on: March 11, 2010, 11:53:11 PM »

abg otai byk soalan ye..hehe...  ^&&% ^&&% ;D ;D

-salam,bro ak nak tnya ni,pe hukumnya ea kalu tegur sesuatu yg x elok tu tapi kdg2 bnda tu kita ade wat???

-ak ade hangin tapi xlepas je kat sowg kwn 1 kos ak ni,ak ade eksiden krta terblk tapi slmt la,n dia ckp camni "tu tandanya ibadat ko kurang,kalu ibadat ko byk Allah dah amek nyawa ko masa tu sbb Allah sygkan ko" tapi dia ni solat pun x,mandi wajib pun nth tau x...perh mmg nak shut je masa tu tapi jns ak berpegang pada kata2 ni "sekuat2 owg itu adlah yg mampu menahan kemarahannya"....  ;D *(&^56 ,so pe jln tok ak wat kat dak camni...??tapi pngetahuan agama mcm tggi...tu ini tahu...
Logged

lIl perkara hari ini....kenangan masa hadapan lIl
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #36 on: March 11, 2010, 11:59:12 PM »

oh..tq bro..
nak tanya lagi, kalau pakai wrist band boleh tak?? tak tau nak kategorikan benda ni apa. gelang ke tak.

as long as menyerupai gelang dan dinamakan perhiasan maka tidak dibolehkan kecuali ada kepentingan penggunaan seperti jam tangan.
Logged
Fz Rider (faiz)
Mega Hero
******
Posts: 1415


013-4195602 / 017-6268547


« Reply #37 on: March 12, 2010, 11:38:08 AM »

hery, aku bab2 ni kena jelas...tak mau samar2..
fuh...camtu leh la pakai wrist band ye.kepentingannya nak menutup belang pada tangan sebab pakai jam dan sebagai wrist support.

tq bro..
Logged
cerempetz(ishak)
Sr. Member
****
Posts: 318


Free for Palestine


« Reply #38 on: March 12, 2010, 05:18:32 PM »

bro adrey,

tanye sikit ye.. apakah syarat² yg membolehkan pernikahan berwalikan hakim?

syarat nikah:
1) suami
2) isteri
3) saksi
4) wali
5) akad

kalu pernikahan tanpa wali, adakah sah?
Logged

013 3512404
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #39 on: March 12, 2010, 10:02:03 PM »

bro adrey,

tanye sikit ye.. apakah syarat² yg membolehkan pernikahan berwalikan hakim?

syarat nikah:
1) suami
2) isteri
3) saksi
4) wali
5) akad

kalu pernikahan tanpa wali, adakah sah?




Wali Hakim, Penyelesai Masalah Perkahwinan

Dr. Haji Mat Saad Abd. Rahman,
Fellow Kanan Syariah, IKIM

21/04/2006 | Artikel Bahasa Malaysia

Tiba-tiba sahaja masyarakat menumpukan perhatian kepada insan yang bernama wali hakim apabila isu pasangan yang telah berkahwin selama setahun dibatalkan perkahwinan mereka oleh kadi dengan alasan wali hakim yang mengahwinkan si isteri tidak layak menjadi walinya kerana dia mempunyai wali nasab, iaitu adik kandungnya sendiri (Utusan Malayia, 11 Feb. 2006).

Pasangan berkenaan diarahkan berkahwin semula. Persoalannya sekarang, bilakah wali hakim berhak campur tangan sebagai penyelesai bagi sesuatu perkahwinan?

Dalam mengulas isu ini, saya berpendapat adalah wajar jika kita merujuk kepada pengertian wali secara umum dan pembahagiannya. Kemudian kita ikuti dengan penjelasan tentang wali hakim: definisi, kedudukan dan sebab-sebab yang membolehkannya berperanan di dalam sesuatu perkahwinan?

Wali dalam urusan perkahwinan ialah seorang yang memiliki kuasa mengahwinkan seseorang anak perempuan sama ada dia adalah penjaganya ataupun bukan.

Kewujudan wali adalah penting bagi mengesahkan sesuatu perkahwinan. Wali (di dalam Mazhab Shafi`i) merupakan salah satu rukun perkahwinan. Tanpa wali atau keizinannya kepada wakilnya, sesuatu perkahwinan itu di hukum tidak sah. Hukum ini adalah merujuk kepada sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Siapa sahaja perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya, maka perkahwinannya itu batal (tidak sah), jika dia disetubuhi (oleh lelaki yang mengahwininya itu) maka dia berhak mendapat maskahwin kerana dia (iaitu lelaki itu) telah menghalalkan kemaluannya dan jika mereka (iaitu para wali) berbalah, maka sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali (riwayat al-Darimi, al-Hakim, al-Baihaqi dan Abu Daud al-Tayalisi).

Berdasarkan kepada Hadis di atas, ulama' membahagikan wali kepada dua peringkat; iaitu wali nasab dan wali hakim atau disebut juga sebagai wali sultan.

Wali nasab ialah orang yang mempunyai pertalian keturunan dengan seseorang perempuan yang bakal berkahwin, seperti bapanya, datuknya dan lain-lain.

Wali hakim ialah Ketua Negara Islam atau wakilnya seperti Kadi Besar, Kadi-kadi Daerah atau mereka yang mendapat tauliah daripada Pejabat-pejabat Kadi Daerah, biasanya mereka ini terdiri daripada imam masjid, bilalnya atau seorang alim kampung.

Setiap wali sama ada wali nasab atau wali hakim dikehendaki memenuhi syarat-syarat peribadi berikut: Seorang yang beragama Islam, lelaki, sempurna umur baligh, berakal serta waras fikirannya, bebas merdeka, bersifat adil, tidak berada di dalam ihram Haji atau `Umrah, dan tidak pula dipaksa untuk menjadi wali.

Di dalam mana-mana perkahwinan, wali nasab didahulukan menurut galur keutamaannya, bermula daripada wali aqrab, kemudiannya berpindah kepada wali ab`d.

Jika ketiadaan wali nasab (aqrab dan ab`ad) pada semua urutannya atau jika wali nasab menghadapi masalah ataupun tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan menjadi wali, maka tugas perwalian di dalam sesuatu perkahwinan akan berpindah kepada kuasa wali hakim secara mutlak.

Terdapat beberapa keadaan yang mewajibkan wali hakim� memainkan peranannya bagi menyempurnakan perkahwinan seseorang perempuan, seperti:
1.  Apabila tidak terdapat wali nasab,
2.  Apabila wali aqrab tidak memiliki syarat-syarat kelayakan yang sempurna di samping tidak terdapat wali ab`ad untuk menjalankan akad perkahwinan,
3.  Apabila wali aqrab berada di suatu tempat yang jauh sejauh yang membolehkan sembahyang qasar,
4.  Apabila wali aqrab sedang mengerjakan ihram Haji atau `Umrah,
5.  Apabila wali aqrab sedang berada di dalam penjara yang tidak ada jalan untuk menemuinya,
6.  Apabila wali aqrab menyembunyikan dirinya kerana tidak mahu melaksanakan perkahwinan itu,
7.  Apabila wali aqrab enggan untuk melangsungkan perkahwinan itu,
8.  Apabila wali aqrab hilang tidak diketahui di mana dia berada, dan
9.  Apabila kedudukan seseorang perempuan itu adalah anak luar nikah.

Jika kita merujuk kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303), pada perkara 7, menyebut:

(1) Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syara` oleh-
           wali di hadapan Pendaftar;
           wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau
           Pendaftar sebagai wali.

(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali nasab, mengikut Hukum Syara`, perkahwinan itu hendaklah di adakan hanya oleh wali raja.

Kedua peruntukan tersebut hanya menyebut wali nasab dan wali raja, tetapi siapakah wali nasab dan wali raja, tidak ada tafsiran yang dibuat, begitu juga dengan beberapa kriteria lain yang melibatkan syarat-syarat menjadi wali dan perkara-perkara yang membatalkan fungsi wali nasab yang mengakibatkan wali raja atau hakim berfungsi. Hanya disebut apabila seseorang perempuan tiada mempunyai wali nasab sahaja. Tetapi ungkapan: ketiadaan wali nasab juga perlu kepada pentafsiran. Apa yang saya sebutkan di atas adalah tafsiran-tafsiran yang saya temui di dalam pembacaan penyelidikan saya.

Mana-mana perkahwinan yang berlangsung wajib menerusi wali atau keizinannya kepada wakilnya. Justeru, kedudukan wali adalah amat penting menurut pendapat Mazhab Shafi`i.

rujukan
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=922&cmd=resetall

harap menjawab soalan

Post Merge: March 12, 2010, 10:04:33 PM
abg otai byk soalan ye..hehe...  ^&&% ^&&% ;D ;D

-salam,bro ak nak tnya ni,pe hukumnya ea kalu tegur sesuatu yg x elok tu tapi kdg2 bnda tu kita ade wat???

-ak ade hangin tapi xlepas je kat sowg kwn 1 kos ak ni,ak ade eksiden krta terblk tapi slmt la,n dia ckp camni "tu tandanya ibadat ko kurang,kalu ibadat ko byk Allah dah amek nyawa ko masa tu sbb Allah sygkan ko" tapi dia ni solat pun x,mandi wajib pun nth tau x...perh mmg nak shut je masa tu tapi jns ak berpegang pada kata2 ni "sekuat2 owg itu adlah yg mampu menahan kemarahannya"....  ;D *(&^56 ,so pe jln tok ak wat kat dak camni...??tapi pngetahuan agama mcm tggi...tu ini tahu...


saya akan semak dengan yang pakar.... insya allah kita kongsi sama2
« Last Edit: March 12, 2010, 10:04:33 PM by adrey » Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #40 on: April 05, 2010, 01:08:11 PM »

Assalamualaikum

saya ingin bertanyakan..

apakah hukum memakai gelang dan rantai magnetik untuk tujuan kesihatan yang menjadi trend pada masa kini?


ni satu lagi pendapat dan boleh dipertimbangkan

Hukum Pemakaian Rantai Tangan Yang Mempunyai Unsur Kesihatan (bio Magnetik) Di Kalangan Lelaki
•   Akidah
Keputusan:
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :
a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.

b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.

c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
http://www.e-fatwa.gov.my/
Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #41 on: August 22, 2010, 04:20:04 AM »

Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.

2. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang.

 

Keterangan/Hujah:
 
 
Walaupun perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan amat digalakkan, namun ianya akan bertukar menjadi haram dan dilarang sekiranya kesan yang akan timbul daripada perkahwinan tersebut akan memberikan kemudharatan yang lebih besar. Apabila bertembung kebaikan dan kemudharatan maka menolak kemudharatan itu adalah lebih diutamakan bagi menjamin kelangsungan hidup masyarakat dalam sesebuah negara.
 
Antara Maqasid Syari’yyah yang lima ialah menjaga keturunan. Menutup sesuatu kemudaratan sebelum berlakunya mudarat tersebut adalah lebih baik daripada mengubatinya. Ia adalah penting bagi memelihara agama dan keturunan.
 
Muhammad az-Zuhayli mengatakan bahawa adalah harus bagi pemerintah mengeluarkan hukum mewajibkan sesiapa yang hendak berkahwin melakukan ujian HIV.
 
Ali as-Sabuni berpandangan bahawa pengesahan kesihatan daripada doktor tidak dikira melewatkan perkahwinan, akan tetapi ianya memberi gambaran yang jelas kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga mengenai perkongsian hidupnya pada masa akan datang. Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat (ujian saringan kesihatan) kepada individu dan keluarga walaupun tidak dinaskan oleh fuqaha’ ke atasnya secara langsung.

http://www.e-fatwa.gov.my/
Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #42 on: October 28, 2010, 01:28:04 PM »

Sesuatu yang penting


Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/node/1091



Apa Itu Fatwa?
Dari Segi Bahasa
 
Keputusan/ penjelasan/ jawapan terhadap sesuatu perkara yang dimusykilkan.
 
Dari Segi Istilah
 
Memberikan penjelasan Hukum Syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berjemaah.
 
PIHAK YANG MENGELUARKAN FATWA

Bagi menyelaraskan pengeluaran fatwa di negara ini maka pihak yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa ialah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Fatwa-fatwa yang akan dikeluarkan adalah menyentuh kepada perkara-perkara:
 
Masalah-masalah keagamaan yang bukan bersifat tempatan tetapi berkaitan dengan hal ehwal umat Islam Malaysia secara keseluruhannya;
 
Masalah-masalah keagamaan di sesuatu negeri yang mungkin berlaku di negeri lain;
 
Masalah-masalah keagamaan yang bersifat tempatan dan daerah yang dikemukakan oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Negeri.
 
STATUS FATWA KEBANGSAAN

 
Sesuatu fatwa yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan merupakan keputusan bersama sesama Mufti dari setiap negeri. Perbincangan tersebut akan diadakan pada peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Keputusan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat kerajaan-kerajaan negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai fatwa tersebut menerusi keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing. Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya merupakan majlis diskusi bagi menentukan sesuatu keputusan itu melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.
 
PERUNTUKAN MENGENAI FATWA DALAM UNDANG-UNDANG
 
Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
 
Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
 
Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
 
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
 
Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
 
Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #43 on: October 28, 2010, 03:10:43 PM »

salam..saya nak tanya..halalkah nyawa peragut islam yg membunuh, dibunuh ketika ditangkap sebelum dihadapkan ke muka pengadilan?
Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #44 on: October 28, 2010, 04:12:19 PM »

salam..saya nak tanya..halalkah nyawa peragut islam yg membunuh, dibunuh ketika ditangkap sebelum dihadapkan ke muka pengadilan?

haram. hanya pemerintah sahaja yang boleh menetapkan hukuman bunuh.

Rujukan: Pensyarah Centre of Islamic Thought and Understanding UiTM Melaka.
Logged
xse7en
Global Moderator
Mega Hero
*****
Posts: 3193



« Reply #45 on: October 28, 2010, 04:27:00 PM »

ada link yang boleh saya baca??
Logged
adrey
Full Member
***
Posts: 179


adrey@fuad ; cemerlang bahagia 013-3579002


WWW
« Reply #46 on: October 28, 2010, 10:18:27 PM »

tentang soala tu xada, tapi berkenaan fatwa boleh rujuk link yg sy bg di atas
Logged
a4i4ban
Jr. Member
**
Posts: 72


« Reply #47 on: November 04, 2010, 10:50:57 PM »

salam... ak nak tanye siket, pakai kopiah tu sunat ke tak ye?
Logged

don't rush...
the mount never runaway if chased
paley
Sr. Member
****
Posts: 378

016-4496445 01111169844


WWW
« Reply #48 on: December 21, 2010, 04:16:02 PM »

salam... ak nak tanye siket, pakai kopiah tu sunat ke tak ye?

sila pastikan semula soalan anda.maksud sunat atau sunnah
Logged

NCL1741
-ini adalah cetakan komputer.tandatangan tidak diperlukan-
a4i4ban
Jr. Member
**
Posts: 72


« Reply #49 on: December 22, 2010, 08:04:57 AM »

erkkk, ade beze ke dari segi maksod... kirenye la, dapat pahale ke x kalu pakai kopiah @lebai?
Logged
Pages: 1 [2] 3
  Print  
 
Jump to:  



Powered by MySQL Powered by PHP Metallic Abyss Theme by SMFers
Powered by SMF 1.1.15 | SMF © 2011, Simple Machines
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!